Aku senior houseman

Update of my life..

Sekarang aku berada di jabatan surgikal. Dah 2 bulan di jabatan ini. Banyak cabaran dan pengalaman baru, lebih2 lagi apabila bergelar seorang senior. Pernah sewaktu round dgn MO dan specialist, tiba2 mereka tanya 'siapa paling senior di sini? ', lalu kesemua mata dan jari kearahku, baruku sedar, aku lah yang paling 'kakak' di situ.

Harini aku jaga acute cubicle. Hanya 3 orang patient di acute, dan keadaan ketiga2 patient aku amatlah stabil. Tak boleh compare dgn patient acute di medikal- hampir semua tenat dan memerlukan bantuan pernafasan -ventilator support. Tapi Alhamdulillah patient acute aku harini masih boleh bercakap, makan dan berjalan. Doktornya pun senang hati melihat pesakit, Alhamdulillah, rezeki..

Bed 22
45 tahun, kes kanser payudara belah kanan, datang dengan demam dan sesak nafas selama seminggu. Keputusan darah putih dan crp tinggi- dirawat sebagai jangkitan kanser payudara. disebabkan jangkitan itu, membuatkan buah pinggangnya juga rosak, creatinine daripada 200--> 450. Harini aku menemaninya membuat ultrasound buah pinggang oleh doktor bahagian radiologi untuk mencari punca lain kepada kerosakan buah pinggang itu (tro obstructive uropathy). Keputusan ultrasound tidak menunjukkan apa2 obstruction ataupun abnormalities lain kepada buah pinggang.

Bed 23
56 tahun, kanser hati merebak ke paru2. Datang dengan sakit perut dan demam. Kini dirawat di wad sebagai jangkitan peritoneum (spontaneous bacterial peritonitis) Semasa tiba di zon kecemasan, tekanan darah rendah 79/48mmHg, lalu diberi ubat untuk bantuan tekanan darah (inotrope- ivi Norad). Semasa di wad, makcik beransur pulih, tekanan darah masih memerlukan bantuan inotrope- tetapi keadaannya selesa. Boleh bernafas tanpa bantuan oksigen dan juga boleh makan seperti biasa.

Bed 24
57 tahun, pesakit kencing manis. Pada awalnya masuk wad dan dirawat sebagai appendiks pecah (perforated appendicitis). selepas pembedahan membuang appendiks dilakukan, malangnya, pesakit mengalami komplikasi- terdapat kumpulan air di dalam perut (intra-abdominal collection) - akibat daripada jangkitan selepas pembedahan, lalu pembedahan kedua telah dilakukan- iaitu membersihkan semula usus (re-laparatomy and abdominal washout). Selepas dua kali pembedahan, malangnya luka di tempat pembedahan juga dijangkiti kuman menyebabkan luka pembedahan tersebut membengkak dan kulit di sekitarnya merah2 (SSI). Luka besar di bahagian depan usus pula terdapat banyak slough- sel2 tidak sihat akibat jangkitan dan perlu selalu dicuci- setiap hari untuk menyembuhkan luka tersebut.

Apa2 pun, I love my job now. Everyday, i learned a lot of things. I hope i can be a good and the best doctor. :)


Comments

Popular posts from this blog

Tips housemanship di Malaysia

I am O&G houseman!

Houseman stress!!