Bodoh sombong
Dr Amira - Tingkat 4, NICU
Hari itu aku gagahkan diri juga untuk bangun, mandi dan bergerak ke tempat kerja. Hari Ahad yang indah, waktu orang lain boleh menikmati sarapan pagi bersama keluarga tercinta, sedangkan aku perlu menjalankan tugas sebagai seorang houseman. Bukan mudah tapi hati kena kuat, kental. Sesudah punch-in kad, kutekan butang lif untuk naik ke atas. Punat butang 4 kutekan, beberapa saat kemudian, 'ting', pintu lif terbuka. Kakiku melangkah masuk ke wad 4D ataupun dikenali sebagai NICU (Neonatal Intensive Unit). Suasana aman dan tenang pagi itu, seperti biasa, tetapi wad inilah yang menyimpan seribu satu rahsia. Bayi-bayi yang dilahirkan tenat dan kritikal terus dihantar di sini bertarung untuk terus hidup. Ada yang berjaya untuk meneruskan perjuangan kehidupan, tetapi ada juga yang tewas. Pelbagai wajah sudah kulihat disini. Wajah gembira, sedih, sayu, gusar, tenang tergambar di muka ibu bapa yang merisaukan keadaan anak-anak yang baru dilahirkan.
"Hai Amira. Awak bertugas di wad ini harini?"
"Ya bos. Saya cover morning shift. Bos ada apa2 nak saya tolong?
"Saya nak minta tolong awak tracekan result semua darah yang dah diambil pagi tadi. Kalau ada apa2 abnormality, tolong inform saya."
"Baik bos."
"Oh ya, dan satu lagi. Kita ada seorang baby yang baru admit pagi tadi. Ibunya di ICU (Intensive Care Unit), dia lahir melalui caesar dan saya diberitahu team O&G buat bedside caeser di ICU kerana keadaan ibunya yang kritikal. Boleh awak update keadaan ibu sekarang?"
"Emm, dahsyat juga tu bos. Sampai nak kena caesar dalam ICU. Ok bos, nanti saya update."
Dr Anwar - ED (satu hari yang lalu)
"Selamat pagi puan. Ada apa masalah?
"Saya rasa sesak nafas doktor. Jantung saya berdegup laju. Dari malam tadi, tapi sejak pagi ni makin susah saya nak bernafas."
"Puan ada sakit dada? demam, batuk2 ada?"
"Takde. Saya takde masalah lain. Sesak nafas dengan jantung saya ni je, rasa laju."
Aku membaca surat rujukan dari Klinik Dr. Sharifah.
Dear collegue,
Thank you for seeing this patient,
23 years old, gravida 1 para 0+1 at 38 weeks 2 days POA, presented with shortness of breath and palpitation. Otherwise, no fever, cough, no abdominal pain. No sign and symptoms of labor. Antenatally, patient has resolved anemia in pregnancy, history of miscarriage in 2016 and maternal obesity.
On examination,
BP: 112/95mmHg
HR: 133bpm
Respiratory rate: 38 breaths/min
Temperature: 37.2
Per abdomen,
uterus at 38 weeks,
singleton,
cephalic 3/5th,
EFW 2.6-2.8 kg
Impression: TRO Pulmonary embolism
Kindly review this patient and do the needful. Thank you.
Walaupun masalahnya nampak kecil tetapi impaknya sangat serius. Dalam kes seperti ini, bagi seorang wanita mengandung yang sudah hampir waktu dan mempunyai masalah yang melibatkan pernafasan, perkara yang paling ditakuti ialah "Pulmonary embolism". Keadaan ini, apabila berlaku bukan sahaja mengancam nyawa ibu, tetapi juga berbahaya kepada bayi. Pulmonary embolism adalah salah satu penyebab utama kematian secara tiba-tiba dalam kalangan ibu mengandung.
"Puan, nampaknya kita kena admit puan hari ini, dan mungkin sampai puan bersalin. Keadaan puan ini sebenarnya sangat membimbangkan, bukan untuk puan sahaja, tetapi juga kepada bayi. Di dalam wad, kita akan buat pelbagai ujian dan kita akan rujuk pakar O&G dan pakar perubatan untuk rawatan lanjut."
Air mukanya terus berubah. Ternyata dia tidak puas hati setelah mendengar apa yang aku terangkan. Dia memandang wajah suaminya dan terus menggeleng.
"Saya taknak masuk wad. Saya nak keluar." Suaranya meninggi dan tegas.
"Tak boleh macam tu puan, keadaan puan ini sangat kritikal. Kita paling bimbang puan mengalami Pulmonary embolism. Keadaan ini sangat berbahaya dan boleh meyebabkan kematian mengejut. Saya akan rujuk pakar O&G dan pakar perubatan dahulu. Selepas puan bertemu mereka, bincang dahulu dengan mereka.
Wajahnya masih menunjukkan tanda tidak puas hati.
"Tapi saya takde rasa sakit pun. Saya hanya pergi klinik untuk check-up biasa. Saya tetap tak nak masuk wad!"
"Kalau macam tu puan bertenang dahulu, puan jumpa dahulu dengan pakar dan dengar apa mereka akan katakan.
Setelah bertemu pakar O&G dan pakar perubatan, setelah dipujuk berulang2 kali untuk masuk wad, namun dia tetap berdegil. Bukan sahaja pesakit, malah suaminya juga membantah. Keduanya bergabung melawan saranan doktor2 pakar. Akhirnya setelah pelbagai dokumen2 penting, borang AOR (At Own Risk) discharge siap ditandatangani, pesakit dan suaminya pulang dengan gembira. Puas hati mereka, mereka juga berhak membuat keputusan. Bagi mereka doktor2 hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab, tetapi yang membuat keputusan berada di tangan mereka. Inilah bahayanya jika kita tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu malah menolak untuk medengar nasihat yang lebih tahu.
Dr Amira- Tingkat 3, ICU
Aku memasuki ruangan ICU. Terlihat beberapa orang staff nurse sedang duduk di kaunter jururawat, sedang menulis, membuat report barangkali. Aku mendekati mereka sambil menghulur senyuman.
"Selamat pagi. saya Amira, Houseman dari NICU. Boleh saya tanya mengenai seorang patient?"
"Di hujung sana tu doktor. Baru sahaja mereka buat caesar pagi tadi."
"Ya, itulah patient yang saya cari. Terima kasih kak."
Aku mencari folder pesakit. Kuselak satu-persatu mukasurat, kuamati setiap tulisan yang telah didokumen oleh doktor2 lain. Tentang dari mula pesakit mempunyai masalah sesak nafas, kemudian menolak untuk dimasukkan ke wad, lalu bertambah teruk keadaanya sehingga dia datang semula dalam keadaan kritikal sehingga dia di'intubate' dan memerlukan bantuan pernafasan. Tidaklah tebal mana folder pesakit itu, segala yang berlaku cuma mengambil masa dua hari sahaja. Semuanya berlaku dengan pantas, semalam dia datang masih boleh berjalan dan berkata-kata, hari ini dia terlantar di atas katil dengan kiri dan kanannya dipenuhi mesin2 dan wayar2 canggih untuk membantunya meneruskan hidup.
Lama aku memegang folder pesakit itu. Ternyata sudah ramai pakar2 yang datang, pakar O&G, pakar perubatan dan juga pakar unit kecemasan, semuanya sudah menceritakan bahaya dan akibat sekiranya dia tidak masuk ke wad dan melakukan rawatan. Namun, pesakit berdegil dan ingin berubat cara kampung. Aku kagum tentang hebatnya cara mereka memujuk pesakit dan mereka juga mendokumen semua yang berlaku dan apa yang telah mereka jelaskan kepada pesakit. Menyenangkan kerja orang sepertiku yang ingin mengetahui apa yang berlaku walaupun tiada di tempat kejadian.
Rupanya, setelah dia balik dari ED tengah hari itu, keadaannya bertambah teruk. Sehingga pada waktu malam, lebih kurang pukul 10 malam, dia semakin susah untuk bernafas dan bercakap. Jantungnya berdegup dengan lebih laju. Dia telah pergi ke klinik swasta, klinik yang sama dia pergi di sebelah pagi tadi, dan doktor di sana menyarankan untuk dia cepat2 dibawa ke hospital. Namun, atas ego dan malu, dia minta untuk dihantar ke hospital swasta. Dia dibawa melalui ambulans dan apabila sampai di unit kecemasan hospital tersebut, keadaannya bertambah kritikal dan dia telah di'intubate' di sana. Disebabkan di hospital tersebut tidak mempunyai kelengkapan yang canggih dan kekurangan pakar, dia segera dipindahkan ke hospital yang sama dia datang pagi tadi, kali ini dengan keadaan yang lebih tenat, tidak bermaya.
"Syukur, kedua-duanya dapat diselamatkan. Walaupun ibu dan anak dalam keadaan kritikal, tetapi kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan terkawal," aku bermonolog sendirian.

Comments
Post a Comment